
kun8 
kun7 
kun6 
kun5 
kun4 
kun3 
kun2 
kun1
Kuching, 28 Ogos 2023
YS PKPjB Datu Khirudin bin Drahman @ Hussaini, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sarawak menerima kunjungan hormat daripada Ir. Wong Leong Teck, Pengerusi The Association Of Consulting Engineers Malaysia (ACEM) di pejabatnya pagi ini.
Disamping mengeratkan silaturahim antara agensi, rombongan seramai 7 orang tersebut juga turut berkongsi pendapat berkenaan hala tuju kerjasama antara ACEM dan JBPM Negeri Sarawak.
Hadir sama ialah PgKB I Henderi bin Ardimansyah, Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat JBPM Negeri Sarawak serta PgKB I Mohamad Fauzi bin Moht Kifli, Penolong Pengarah Bahagian Keselamatan Kebakaran JBPM Negeri Sarawak.
