Kuching, 6 Ogos 2022 – Pelancaran Kempen Keselamatan Kebakaran dan Majlis Keselamatan di Air, JBPM Negeri Sarawak sempena Apresiasi Keluarga Malaysia

YAS Dato’ Sri Ts. Mohammad Hamdan bin Hj. Wahid, Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) menyempurnakan Pelancaran Kempen Keselamatan Kebakaran dan Majlis Keselamatan di Air, JBPM Negeri Sarawak sempena Apresiasi Keluarga Malaysia bertempat di Dataran Perayaan Petra Jaya, Kuching pagi ini. Beliau turut menyampaikan hadiah kepada pemenang pertandingan mewarna kelab kanak-kanak (kelab 3K). Beliau turut melawat beberapa pameran kerajaan seperti Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Kementerian Kerja Raya, Kementerian Dalam Negeri dan Kementerian Belia dan Sukan selain agensi kerajaan negeri. Hadir sama ialah YS PKPjB Datu Khirudin bin Drahman @Hussaini, Pengarah JBPM Negeri Sarawak PPjB Nik Zulkifli bin Ibrahim, Ketua Cawangan Kesedaran Keselamatan Kebakaran dan PPjB Tiong Ling Hii, Timbalan Pengarah JBPM Negeri Sarawak.

ms_MYMalay