Kuching, 4 April 2023 – Kunjungan Hormat kepada Pengarah JBPM Negeri Sarawak

YS PKPjB Datu Khirudin bin Drahman @ Hussaini, Pengarah JBPM Negeri Sarawak menerima kunjungan hormat daripada pihak Borneo Glamping diketuai oleh En Shenton Tan Yuemin di pejabat beliau.

Kunjungan hormat bertujuan untuk menyerahkan Sijil Penghargaan serta cenderahati Program Kuching Youth Urban Glamping Festival 2023 daripada Borneo Glamping Kepada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sarawak. Selain itu, kunjungan hormat tersebut juga bertujuan mengeratkan lagi hubungan persefahaman antara kedua – dua pihak serta bertukar – tukar pandangan dalam pengajuran aktiviti bersama.

Kuching Youth Urban Glamping Festival 2023 dianjurkan oleh Kelab Belia Proaktif Tabuan Jaya dan Borneo Glamping telah pun diadakan pada 11 dan 12 Mac 2023 bertempat di tempat letak kereta di atas bumbung Pusat Membeli Belah Aeon Kuching.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sarawak turut terlibat dan telah menhantar pasukan dari Unit Pengesan bagi membantu menjayakan Program tersebut.

Hadir bersama dalam penyerahan Sijil Penghargaan, En Dominic anak Girai Ketua Unit Pengesan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sarawak, En Awang Saifeluddin Pengarah Acara Bagi Kuching Youth Urban Glamping Festival 2023.

English EN Malay MS
Skip to content