Kuching, 3 Disember 2023 – Larian Bomba Sarawak 1.0 telah diadakan dengan jayanya di Dataran Majlis Bandaraya Kuching Selatan

LARIAN BOMBA SARAWAK 1.0

Larian Bomba Sarawak 1.0 telah diadakan dengan jayanya di Dataran Majlis Bandaraya Kuching Selatan pagi ini. Perlepasan larian telah disempurnakan oleh YB Datuk Amar Dr Sim Kui Hian, Timbalan Premier Sarawak, Menteri Kesihatan Awam Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sarawak.

Sebelum perlepasan, peserta telah mengikuti senaman aerobik serta sesi memanaskan badan. Terdapat 2 kategori larian iaitu 10 KM (lelaki / wanita) dan 3 KM family fun run yang mana melibatkan seramai 3380 peserta.

Selain larian, juga diadakan Program Kesedaran Keselamatan Kebakaran yang mana melibatkan ceramah kesedaran, pertandingan mewarna, kuiz keselamatan dan pameran daripada agensi- agensi jemputan.

Tetamu kehormat turut menyempurnakan Gimik Larian Bomba 2.0 untuk tahun hadapan yang dijadualkan pada September 2024.

Hadir sama ialah YS PKPjB Datu Khirudin bin Drahman @Hussaini, Pengarah JBPM Negeri Sarawak, YBhg. Dato Wee Hing Sen, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Kuching Selatan, Tuan Haji Ismail Said, Vice President Human Capital and Relation, PETROS.

English EN Malay MS
Skip to content