Kuching, 29 Ogos 2022 Majlis Penyerahan Watikah Penempatan Pegawai Bomba Ibu Pejabat JBPM Negeri Sarawak

YS PKPjB Datu Khirudin bin Drahman @ Hussaini, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sarawak menyempurnakan Majlis Penyerahan Watikah Penempatan Pegawai Bomba Ibu Pejabat JBPM Negeri Sarawak pada pagi tadi. Pada majlis berkenaan, seramai 112 orang Pegawai Bomba telah menerima watikah penempatan yang akan melapor diri bertugas di balai-balai bomba di seluruh negeri Sarawak. Hadir sama ialah PPjB Tiong Ling Hii, Timbalan Pengarah JBPM Negeri Sarawak dan PgKB I Henderi bin Ardimansyah, Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat JBPM Negeri Sarawak

ms_MYMalay