sara6 sara9 sara8 sara7 sara5 sara4 sara3 sara2 sara12 sara11 sara10 sara1
YS PKPjB Datu Khirudin bin Drahman @ Hussaini, Pengarah JBPM Negeri Sarawak menyempurnakan Majlis Apresiasi Pesara JBPM Negeri Sarawak 2022 malam ini.
Seramai 30 orang akan dan telah bersara pada tahun ini yang mana terdiri daripada pegawai bomba dan pegawai gunasama.
Terdahulu dalam ucapannya, YS Pengarah menghargai sumbangan kesemua pesara yang telah berkhidmat dengan penuh dedikasi dalam jabatan. Beliau turut menyampaikan penghargaan dan terima kasih kepada isteri-isteri dan juga anak-anak pesara yang turut berkorban masa sepanjang tempoh bertugas suami dan bapa mereka dalam memastikan keselamatan rakyat terjamin.
Hadir sama dalam majlis tersebut ialah YBhg Datin Hajah Sorryta binti Haji Asghar Khan, Pengerusi PERISMA Bomba Sarawak dan PPjB Tiong Ling Hii, Timbalan Pengarah JBPM Negeri Sarawak.