Kuching, 25 April 2023
YS PKPjB Datu Khirudin bin Drahman @ Hussaini, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sarawak beraya bersama anggota di balai selaras dengan Program Jalinan Mesra Bersama-sama Pengurusan Tertinggi JBPM sempena Hari Raya Aidilfitri 1444H/ 2023M.
Kunjungan beliau ke empat buah balai bomba dimulakan daripada BBP Tabuan Jaya ke Pusat Gerakan Operasi (PGO) Negeri, BBP Batu Lintang, BBP Padungan dan akhir sekali BBP Petra Jaya. Dalam pada masa yang sama juga, beliau turut menyumbangkan bag makanan kepada balai yang telah dilawati.
Hadir bersama beliau sepanjang lawatan ialah PgKB I Janggan anak Muling, Ketua Zon 1 Sarawak.