YS PKPjB Datu Khirudin Drahman@Hussaini, Pengarah JBPM Sarawak menghadiri Majlis Pembukaan Rasmi Pasaraya Farley yang telah disempurnakan oleh YB Dato Sri Dr. Sim Kui Hian, Timbalan Premier Sarawak merangkap Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sarawak. Dalam majlis tersebut juga Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sarawak bersama Yayasan Farley hari ini telah memeterai Kolaborasi Strategik yang membolehkan kedua-dua pihak bekerjasama dalam menjalankan pemerkasaan komuniti dalam total fire safety dan disaster resistant community, kolaborasi membangunkan program kesedaran keselamatan kebakaran dan program kesedaran keselamatan bagi kanak-kanak (SAFE AND ALERT). Kerjasama pintar sebegini haruslah dibentuk agar sumber yang terhad dapat digunakan dengan lebih optimum dan ianya adalah selaras dengan Dasar Kebombaan dan Penyelamatan Negara Tahun 2021 hingga 2030 iaitu i. Strategi 1.6 : Mewujud dan memperkasakan Community Emergency Response Team (CERT) di kawasan perumahan, premis awam dan swasta. ii. Strategi 2.2 : Meningkatkan kerjasama dengan badan korporat, swasta dan badan bukan kerajaan (NGO) bagi program keselamatan di peringkat sekolah dan institusi pengajian tinggi. iii. Strategi 2.8 : Meningkatkan program bomba bersama masyarakat (SURI, 1RAPI, KuKenal, Bomba Komuniti, Community Fire Drill).
yb9 yb8 yb7 yb6 yb5 yb4 yb3 yb2 yb1