Kuching, 23 Februari 2023 – LAWATAN ILMU PUSAT PANGGILAN KECEMASAN MERS 999 KUCHING

YS PKPjB Datu Khirudin bin Drahman @ Hussaini, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sarawak menerima kunjungan yang diketuai oleh Puan Sharifah Marshita, Pengurus Operasi MERS 999 Kuching sebentar tadi.

Setelah itu, rombongan seramai 15 orang tersebut dibawa bersuai kenal dengan tugas dan fungsi di Pusat Gerakan Operasi (PGO), beramah mesra melalui pameran serta demonstrasi peralatan, jentera kebombaan, latihan pemadaman dan Unit Pengesan K9 di padang kawad Balai Bomba dan Penyelamat Tabuan Jaya.

Hadir sama ialah PgKB I Henderi bin Ardimansyah, Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat Negeri Sarawak.

English EN Malay MS
Skip to content