sk7 sk8 sk9 sk6 sk5 sk4 sk31 sk30 sk3 sk29 sk28 sk27 sk26 sk25 sk24 sk23 sk22 sk21 sk20 sk2 sk19 sk18 sk17 sk16 sk15 sk14 sk13 sk12 sk11 sk10 sk1
YB TPjB (Kehormat) Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Abd.Muttalib Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan telah menyempurnakan Majlis Perbarisan Pentauliahan Sijil Sains Kebombaan (KSSK) Siri 1/2022 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) yang bertempat di Padang Kawad Balai Bomba dan Penyelamat Tabuan Jaya. Seramai 108 orang pelatih telah ditauliahkan pada hari ini yang mana telah menamatkan kursus yang dijalankan bermula Februari tahun ini di Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia (ABPM) Wilayah Sarawak. Kesemua pelatih telah melakukan lintas hormat yang mana mereka turut terlibat dalam pertunjukan. Dalam -UPA- majlis tersebut, pengunjung turut disajikan dengan pertunjukan operasi kebombaan dan penyelamat yang melibatkan unit-unit khas dalam jabatan serta pesawat jabatan. Dalam majlis tersebut, YB Dato’ Sri turut dibawa melawat ke pameran yang turut disertai oleh Bahagian-Bahagian selain NGO. Hadir sama dalam majlis tersebut ialah YAS Dato’ Sri Ts. Mohammad Hamdan bin Hj. Wahid, Ketua Pengarah JBPM, YB Michael Tiang Ming Tee, Timbalan Menteri Kesihatan dan Perumahan Sarawak, YAS Dato’ Edwin Galan Teruki, Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) JBPM, YS PKPjB Datu Khirudin bin Drahman@Hussaini, Pengarah JBPM Negeri Sarawak dan PgKB II Azahar bin Dris, Komandan ABPM Wilayah Sarawak.