
hc1 
hc9 
hc8 
hc7 
hc6 
hc5 
hc4 
hc3 
hc2 
hc12 
hc11 
hc10 
JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA NEGERI SARAWAK
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sarawak bersama Yayasan Farley dan Sin Chew Daily telah berkolaborasi mengadakan Kempen Keselamatan Kebakaran Sempena Tahun Baru Cina 2023 bertempat di Farley Kuching hari ini.
Dalam program tersebut telah diadakan flag off bagi rondaan kesiapsiagaan bagi sambutan Tahun Baru Cina 2023, pertandingan mewarna dan permainan dam bagi kanak-kanak kelab Keselamatan Kebakaran Kanak-Kanak (Kelab 3K), Penyerahan Sijil Teman Pili Bomba dan Sijil Menghapus Bahaya Kebakaran serta Sumbangan kepada Nursing Home sempena Tahun Baru Cina 2023.
Majlis Perasmian tersebut telah disempurnakan oleh YB Dato Sri Dr. Sim Kui Hian, Timbalan Premier Sarawak merangkap Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sarawak. Hadir sama ialah YS PKPjB Datu Khirudin bin Drahman@Hussaini, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sarawak dan Encik Eijing Lau, Presiden Yayasan Farley.
