Kuching, 05 Mei 2022 – Program Santuni Raya Aidilfitri Tahun 2022 masing-masing di BBP Padungan dan BBP Tabuan
YAS Dato’ Sri Ts. Mohammad Hamdan bin Haji Wahid, Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia menyantuni Pegawai Bomba serta Pegawai Bomba Pelatih Siri 1/2022 sempena Program Santuni Raya Aidilfitri Tahun 2022 masing-masing di BBP Padungan dan BBP Tabuan sebentar tadi. Disamping beramah mesra, beliau juga turut menyampaikan amanat penting kepada para pegawai agar tidak leka dan sentiasa bersiapsiaga dalam mempraktikkan ilmu kebombaan dalam menjalankan tugas seharian sebagai seorang Pegawai Bomba. “Selamat Hari Bomba Sedunia Tahun 2022” beliau ucapkan. Turut hadir ialah PPjB Tiong Ling Hii, Timbalan Pengarah JBPM Sarawak, PgKB I Yusri bin Basri, Ketua Zon 1 JBPM Sarawak, TPgB II Tan Min Chai, Ketua BBP Padungan, TPgB II Mohamad bin Meramit, Ketua BBP Tabuan Jaya, dan Pegawai bertugas di Pejabat Zon 1, BBP Tabuan dan BBP Padungan.
balai1 balai2 balai9 balai8 balai7 balai6 balai5 balai4 balai3 balai26 balai25 balai24 balai23 balai22 balai21 balai20 balai19 balai18 balai17 balai16 balai15 balai14 balai13 balai12 balai11 balai10