anu1 anu5 anu4 anu3 anu2
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sarawak telah menerima Anugerah Pencapaian 5 Bintang sempena Hari Inovasi JBPM bertempat di Hotel Maya, Kuala Lumpur malam ini.
Selain itu, Balai Bomba dan Penyelamat Sarikei turut memenangi tempat ketiga dalam pertandingan Balai Cemerlang di seluruh negara. JBPM Negeri Sarawak turut menerima pengiktirafan Ekosistem Kondusif Sektor Awam Kategori Cemerlang. Sijil dan hadiah kemenangan disampaikan oleh YAS Dato’ Sri Ts. Mohammad Hamdan bin Hj Wahid, Ketua Pengarah JBPM kepada YS PKPjB Datu Khirudin bin Drahman@Hussaini, Pengarah JBPM Negeri Sarawak