








Kuching, 24 Jun 2025
Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) peringkat JBPM Negeri Sarawak Tahun 2025 telah berlangsung dengan jayanya pada 24 Jun 2025.
Sebanyak tujuh kumpulan telah mengambil bahagian, mewakili tujuh zon utama di seluruh Sarawak, melibatkan seramai 34 orang peserta.
Pembentangan kumpulan dinilai oleh barisan juri iaitu PgKB II Rafie bin Sapar, Puan Nurfazila binti Zulaihi dan Puan Liyana binti Othman dari Malaysia Productivity Corporation (MPC).
Majlis perasmian penutupan telah disempurnakan oleh PPjB Tiong Ling Hii, Timbalan Pengarah JBPM Sarawak.
Keputusan Konvensyen KIK JBPM Sarawak 2025:
Johan: Kumpulan Walit (BBP Batu Niah)
Naib Johan Kumpulan The Bee’s (BBP Tabuan Jaya)
Tempat Ketiga Kumpulan Saver 5 (BBP Saratok)
Anugerah Khas:
1) Dokumentasi Terbaik: Kumpulan The Bee’s (BBP Tabuan Jaya)
2) Persembahan Terbaik: Kumpulan Saver 5 (BBP Saratok)
3) Projek Berpotensi: Kumpulan Fast Forward (BBP Lawas)
UPA