Kuching, 9 Februari 2022
TPgB II Latif bin Iring, Ketua BBP Petra Jaya menerima kunjungan hormat daripada Encik Mohamad Guntor bin Ja’raee, Ketua Penolong Pengarah yang mewakili Pengarah Jabatan Wanita dan Keluarga Negeri Sarawak. Dalam ucapannya, beliau menyatakan kunjungan hormat bertujuan untuk menjalinkan kerjasama yang telah sekian lama terjalin dan menyatakan Hasrat Jabatan Wanita dan Keluarga Negeri Sarawak untuk berkolabirasi Bersama JBPM untuk program-program Keselamatan Kesedaran Awam pada tahun ini, Hadir sama ialah pegawai-pegawai dari Jabatan Wanita dan Keluarga Negeri Sarawak seramai 7 orang serta anggota Balai Bomba dan Penyelamat Petra Jaya.