Kesinambungan Program Keselamatan Kebakaran yang telah diadakan pada 9 Julai 2023 lepas, Betong, 6 Februari 2024

Simbolik Penyerahan Alat Pemadam Api kesinambungan daripada Program Keselamatan Kebakaran yang telah diadakan pada 9 Julai 2023 lepas Betong, 6 Februari 2024

Program ini merupakan kesinambungan daripada program yang telah diadakan di kawasan DUN N.36 Layar pada tahun lepas. Majlis disempurnakan oleh YB Dato Gerald Rentap Jabu, Timbalan Menteri Pembangunan Belia dan Sukan dan Pembangunan Usahawan merangkap Adun N.36 Layar. Sebanyak 120 unit alat pemadam api telah diserahkan kepada 22 buah rumah panjang dan 2 kampung yang mana jumlah keseluruhan 24 buah perkampungan. Turut hadir semasa program ialah rombongan ahli Parlimen P204 Betong, YB Dr. Richard Rapu bersama Penguasa Tanah dan Survei Betong, Tuan Moris Nayup dan PgB Mohd Rais, Ketua Bomba Zon Sri Aman.

Turut hadir ialah KMKK yang menerima alat pemadam api tersebut.

kredit Pejabat Zon Sri Aman

English EN Malay MS
Skip to content