Kebakaran Belukar Dialamat Belakang Kampung Banting Phasa 1, Lawas

Kebakaran Belukar Dialamat Belakang Kampung Banting Phasa 1, Lawas

Lawas, 22 Februari 2024

Pasukan Bomba Lawas menyambung Operasi Pemadaman Kebakaran Belukar & Gambut di Kpg Banting, Jalan Kuala Lawas, Lawas.

Pelbagai teknik pemadaman akan digunakan untuk mengawal & memadam kebakaran ini antaranya termasuklah, total floading, direct attack & water bombing. Peralatan khusus seperti drone turut digunakan untuk memantau lokasi kebakaran seterusnya merancang kaedah & strategi pemadaman yang sesuai.

PKO melakukan operasi pemadaman awal dengan membentang 1 aliran 400 kaki 1 nozel menggunakan floating pam dari sumber parit berdekatan.

Seterusnya PKO membentang 2 aliran daripada pam Ziegler prime mover, aliran pertama 300 kaki, aliran kedua 400 kaki satu cabang pembahagi & 2 nozel.

PKO menggunakan teknik total floading & direct attack ke punca api. Kebakaran berjaya dikawal dan dihalang merebak ke tempat lain.

Helikopter Bomba daripada Pangkalan Operasi Udara (POU Miri) turut digerakkkan untuk membantu memadam kebakaran. Anggaran keluasan terbakar ialah 12 ekar

English EN Malay MS
Skip to content