keb10 keb9 keb8 keb7 keb6 keb5 keb4 keb3 keb2 keb13 keb12 keb11 keb1
Program Kempen keselamatan kebakaran di sekolah kolaborasi antara Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sarawak bersama EPR (Kuching)Sdn. Bhd telah diadakan dengan jayanya di S.K Nanga Meluan, Julau.
Pengisian program seperti demonstrasi pemadaman kebakaran menggunakan alat pemadam api, bagaimana mengendalikan kebakaran api dapur, permainan dam keselamatan kebakaran oleh anggota BBP Bintangor.
Majlis pelancaran dirasmikan oleh PgKB I Janggan Anak Muling, Ketua Zon 4 mewakili Pengarah JBPM Negeri Sarawak. Turut hadir ke majlis adalah PPgB Nicholas Bin Belulin, Ketua Balai Bomba Dan Penyelamat Bintangor. Turut diadakan penyerahan 10 unit alat pemadam api, majlis menandatangani MOU antara JBPM-EPR Sdn. Bhd-Sekolah