Kuching, 26 April 2023
YS PKPjB Datu Khirudin bin Drahman @ Hussaini, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sarawak beraya bersama anggota di balai selaras dengan Program Jalinan Mesra Bersama-sama Pengurusan Tertinggi JBPM sempena Hari Raya Aidilfitri 1444H/ 2023M.
YS Pengarah meneruskan program jelajah menyantuni dua buah balai bomba lagi, di bawah Zon 1 Sarawak, iaitu BBP Lundu dan BBP Bau. Dalam lawatan ramah mesra tersebut, beliau juga turut memantau kesiapsiagaan anggota dan balai sempena musim perayaan.
Hadir bersama menyambut kehadiran beliau ialah PKPgB Tawang anak Lingem, Ketua Balai BBP Bau dan PBK I Jaree bin Mohamad, Pegawai Operasi BBP Lundu.