24.06.2024
Masa :
0900-1200
AKTIVITI/PROGRAM:
Ceramah keselamatan Kebakaran Dan Demostrasi Alat Pemadam Api & Kebakaran Dapur /Gas
Lokasi :
Manis Oil Sdn bhd ,Jalan Sg Assan, Sibu
Jumlah Peserta :
30 orang
Penceramah:
PBK I KUP DONNY SUMPING
PB MOHD NORFAZRI
PBK II KUP DENNY SAKAU
Ringkasan Aktiviti:
Program ceramah dan demo ini telah diadakan di bahagian pejabat kilang kelapa sawit Manis Oil Sdn Bhd dan peserta program adalah terdiri dari pekerja kilang yang mewakili beberapa bahagian di kilang berkenaan. Program dimulakan dengan oleh PBK I KUP Donny Sumping dengan sesi pengenalan dan seterusnya menyampaikan ceramah berkenaan Keselamatan Kebakaran dan Alat pemadam api.Selesai ceramah, semua peserta bergerak ke Kawasan lapang di luar bangunan untuk mengikuti sesi Demo penggunaan Alat Pemadam Api dan Kebakaran melibatkan kebakaran gas dapur. Dalam sesi demo ini, PB Mohd Norfazri dan PBK II KUP Denny telah menunjukkan cara mengendalikan kebakaran yang melibatkan gas untuk memasak.Disamping itu, peserta turut membuat pratikal pemadaman api gas serta memadam kebakaran menggunakan alat pemadam api.Kebanyakan peserta turut diberi peluang menggunakan alat pemadam api serta media pemadaman lain untuk memadamkan kebakaran.Di akhir program, sesi bergambar bersama turut diadakan sebagai tanda kenang-kenangan.