16 Jun 2021 – BBP Batu Lintang Aduan pili bomba diturap jenis GH(Ground Hydrant) di Hadapan Tadika Goodland.Tindakan telah diambil oleh pihak yang bertanggungjawab dengan menggali semula pili bomba tersebut.Pihak bomba Batu Lintang bertindak membuat ujian tekanan pengeluaran air bagi memastikan pili bomba tersebut berfungsi dengan baik.Terima kasih diucapkan kepada si pengadu atas keprihatinan beliau terhadap kepentingan pili bomba.Bersama-samalah kita menjaga pili bomba yang merupakan salah satu sumber air yang penting semasa berlakunya kebakaran.