
21 Februari 2025. Majlis Penganugerahan Pingat Perkhidmatan Bomba, Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Tahun 2024, Sijil Perkhidmatan 30 Tahun dan Sijil Perkhidmatan Terpuji Pegawai Bomba Bantuan 2024. Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sabah yang disempurnakan oleh YAS Dato’ Ts Nor Hisham Bin Mohammad Ketua Pengarah Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia.
Seramai 83 Pegawai dan anggota Bombatermasuk pegawai gunasama jabatan pelbagai gred menerima Aungerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Tahun 2024.
Di majlis ini turut disampaikan Sijil Perkhidmatan Terpuji Pegawai Bomba Bantuan (PBB) melibatkan seramai 20 orang pegawai PBB.
Tahniah dan syabas diucapkan!



