
16 Mac 2025 Majlis Pelancaran Pengoperasian Balai Bomba Dan Penyelamat Beaufort yang disempurnakan oleh YB. Datuk Isnin Bin Haji Aliasnih, Pembantu Menteri I Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri Sabah.
Turut hadir ke majlis pelancaran ini YS PKPjB Jainal @ Zainal bin Madasin, Pengarah Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sabah dan Pegawai-Pegawai Kanan.
Bangunan Balai Bomba dan Penyelamat Beaufort yang baharu ini telah diserahkan secara ke Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia pada 14 Mac 2025 yang lalu.
Kemudahan bangunan baharu ini dijangka dapat meningkatkan keupayaan Bomba dalam menyediakan perkhidmatan kebombaan yang lebih cekap dan efisien.

