
21 Februari 2025 YAS Dato Ts. Nor Hisham bin Mohammad, Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia menyaksikan Majlis Menandatangani Pajakan Kecil Pusat Operasi Penyelamatan Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia Negeri Sabah Antara Kerajaan Malaysia (persuruhajaya Tanah Persekutuan) dengan Lembaga Pemegang Amanah Taman-Taman Sabah
Pusat Operasi Penyelamatan yang terletak di atas Gunung Kinabalu (Gunting Lagadan) merupakan Pusat Operasi Penyelamatan tertinggi di Malaysia yang mana Bomba Malaysia selaku peneraju POP bagi sebarang aktiviti penyelamatan di atas gunung Kinabalu.
Bomba Malaysia mengucapkan setinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada atas dokongan tinggi Kerajaan negeri Sabah menerusi Lembaga Pemegang Amanah Taman-Taman Sabah yang telah bersama merealisasikan komitmen Bomba bagi menyediakan satu pusat operasi untuk Bomba dan agensi penyelamatan yang lain yang kondusif.
Pesuruhjaya Tanah Persekutuan hadir bagi menandatangani Pajakan Kecil Pusat Operasi Penyelamatan bagi pihak Kerajaan Persekutuan Malaysia.

