
20 Disember 2024. YS Pengarah meneruskan siri lawatan mengejut pemantauan persediaan balai menghadapi Monsun Timur Laut(MTL) ke Balai Bomba Dan Penyelamat Kota Kinabalu.
PKPjB Jainal @ Zainal turut diberi taklimat oleh Ketua Balai, Ordine Gilu seterusnya dibawa melihat kelengkapan penyelamat dan kesiapsiagaan anggota.
YS Pengarah mengingatkan semua anggota agar bersiap sedia menghadapi segala kemungkinan bersempena cuti krismas, cuti hujung tahun ini di samping risiko banjir mungkin akan berlaku akibat Monsun Timur Laut (MTL). Semua anggota diperingatkan agar sentiasa mengutamakan keselamatan dan mematuhi prosedur operasi yang telah ditetapkan.

