

11 Disember 2024. Lawatan Pengurusan Tertinggi Jabatan bagi melihat dan memeriksa persediaan Balai Bomba Penampang Sabah menghadapi Monsun Timur Laut(MTL) telah dilaksanakan oleh PPjB Lizalman bin Abu, Timbalan Pengarah JBPM Sabah bersama PgKB I Mohammad Taquiddin Victor Doon, Penolong Pengarah Bahagian Operasi Negeri dan pegawai kanan jabatan.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Penampang turut membentangkan persediaan balai menghadapi sebarang kemungkinan dalam menghadapi banjir terutama di kawasan Penampang.
Daerah Penampang merupakan salah satu daerah hotspot di negeri Sabah yang sering mengalami banjir.