
9 Disember 2024. YS PKPjB Jainal @ Zainal bin Madasin, Pengarah JBPM Sabah dan rombongan telah mengadakan kunjungan hormat kepada Datuk Seri Panglima Sr. Haji Safar bin Untong, Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah bertempat di Pusat Pentadbiran Kerajaan Negeri Sabah, Menara Kinabalu Likas.
Kunjungan inj merupakan kunjungan pertama YS Tn Jainal @ Zainal sebagai Pengarah JBPM Sabah sejak 2 Disember yang lalu.
Dikesempatan ini, YS Pengarah mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Datuk Seri Panglima Sr. Hj. Safar atas sokongan padu kerajaan negeri Sabah yang banyak membantu jabatan termasuk sumbangan bot dan perkakasan dalam memastikan kelancaran operasi kebombaan di negeri Sabah.