
22 Ogos 2025. Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sabah telah menganjurkan Ceramah Integriti dan Governans Peringkat JBPM Sabah bertempat di Bilik Seminar Ibu Pejabat JBPM Sabah di Kota Kinabalu.
Ceramah disampaikan oleh Ybrs. Puan PsK Junaisah binti Sumiel, Penguasa Kanan, Cawangan Pendidikan Masyarakat, SPRM Sabah yang turut dihadiri oleh YS Pengarah sendiri ke sesi ceramah ini. Ceramah yang dihadiri lebih 300 pegawai dan anggota secara fizikal dan turut dsiarkan secara atas talian (Google Meet) untuk pegawai zon dan balai di seluruh Sabah.




