Bomba Sabah Juara Keseluruhan Sukan Bomba Malaysia (SUKBOM) tahun 2024

456080907 928804792613833 5735581424362564648 n
PPjB Farhan Sufyan, pemangku Pengarah menerima Piala Juara Kejohanan Sukan Bomba Malaysia SUKBOM 2024

20 Ogos 2024 – Bomba Sabah telah berjaya merampas kembali takhta Kejuaraan Sukan Bomba malaysia (SUKBOM) pada tahun 2024 dengan menjuarai keseluruhan pungutan pingat SUKBOM pada tahun ini.

Sabah berjaya merangkul 17 pingat emas, 9 pingat perak dan 14 pingat gangsa pada kejohanan kali ni menewaskan saingan terdekat JBPM Ibu Pejabat dengan pungutan pingkat 13 pingat emas, 8 pingat perak dan 10 pingat gangsa.

Kejohanan SUKBOM pada tahun ini di adakan di negeri Kedah Daru Aman dan Perlis Indra Kayangan. JBPM Sabah mengucapkan tahniah kepada semua atlet Bomba Sabah yang telah berusaha gigih sehingga membawa kejayaan Bomba Sabah menjuarai SUKBOM Tahun 2024. JBPM Sabah turut mengucapkan terima kasih pada Tuan Rumah SUKBOM kali ini atas sambutan dan hospitaliti terbaik sepanjang penganjuran, Tahniah JBPM Kedah dan JBPM Perlis!

456241183 927614332732879 230206586487427119 n
Pasukan Olahraga JBPM Sabah yang dipimpin oleh Tn Ibnu Sahad bin Punggak
456233503 928363769324602 4140301597746559479 n
Tn. Dunstan Peter dan Tn. Mohd Qawie Juara Pertandingan Badminton kategori bregu menewakan Bomba Pulau Pinang

455689283 927613082733004 5434544374384628541 n
YAS Ketua Pengarah JBPM turut hadir dan menyampaikan pingat ke semua pemenang
455771480 928133142680998 8939546911490133709 n
Pasukan Karom yang diketuai oleh Tn Zainal Radsung @ John juga memberi saingan hebat di kejohanan SUKBOM kali ini



ms_MYMalay