Bertempat di perkarangan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Putrajaya telah berlangsungnya Sesi Pembelajaran Hazmat Operational Level Challenge JBPM putrajaya yang disampaikan oleh PgB Mohamad Nazri Bin AR Azmi Penolong Pengarah Bahagian Penyiasatan Kebakaran JBPM Putrajaya. Sesi ini turut melibatkan 15 orang peserta daripada setiap pasukan.Sesi pembelajaran ini bertujuan bagi persediaan Pertandingan Kawad Kecekapan (PKK) tahun 2024 yang akan dilaksanakan secara 2 peringkat iaitu Peringkat Balai dan Peringkat Kebangsaan.