06 Ogos 2023 ( Ahad)Pasukan A ( 0800 – 2000)Kempen Keselamatan Kebakaran dan Kempen Keselamatan Aktiviti di Air (MKAA) Peringkat BBP Putrajaya Presint 14 telah dilaksanakan oleh anggota bertugas pasukan A yang di ketuai oleh PBK II Mohd Hanapiah bin Abd Majid.Risalah / brouser berkaitan Kempen Keselamatan Kebakaran dan Keselamatan Aktiviti di Air telah diedarkan kepada pengunjung- pengunjung pasar malam Presint 14.Ianya adalah bertujuan untuk memberi pendedahan serta kesedaran kepada orang awam berkaitan kemerbahayaan kebakaran yang boleh berlaku di rumah atau di tempat kerja. Manakala Kempen Keselamatan Di Air pula diharapkan dapat membantu masyarakat untuk mengambil tindakan awal sekiranya berlaku kecemasan serta memastikan masyarakat peka dgn keselamatan ketika melakukan aktiviti di air.