30 November 2022 (Rabu) – Seramai 87 orang anak-anak tadika dan 4 orang guru pengiring telah hadir ke Balai Bomba dan Penyelamat Presint 7, Putrajaya sempena lawatan sambil belajar Tadika Alam Ria Kids, Presint 10, Putrajaya. Antara aktiviti yang diadakan ialah mengenali api jahat atau api baik, tindakan menyelamatkan diri (menjerit meminta pertolongan, merangkak dan stop, drop & roll), penggunaan alat pemadam api, talian kecemasan 999 dan menaiki jentera Bomba. Lawatan telah dikendalikan oleh PKPgB Lizawati binti Mohd Nasir bersama anggota pasukan A yang bertugas.
Taklimat mengenai cara penggunaan alat pemadam api. Kanak-kanak sedang mendengar taklimat yang disampaikan. Kanak-kanak dari Tadika Alam Ria Kids menjalankan aktiviti yang disediakan oleh JBPM Putrajaya. Kanak-kanak bermain permainan sambil belajar bersama anggota bomba. Kanak-kanak diajar cara-cara teknik drop & roll. Anggota bomba menunjukkan cara penggunaan alat pemadam api. Kanak-kanak bergambar riang menaiki jentera bomba. Kanak-kanak Tadika Alam Ria Kids bergambar kenangan sebelum pulang.