Assalamualaikum dan Salam SejahteraSalam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Berprestasi Tinggi, Cepat dan Mesra
Kursus Pengendalian Peralatan Vehicle Recovery System (VRS 2000) JBPM Putrajaya
VRS 2000 merupakan peralatan yang digunakan untuk mengapungkan kenderaan yang tenggelam di dasar air. JBPM Putrajaya menerima 1 set peralatan VRS 2000 melalui perolehan yang dibuat di peringkat Ibu Pejabat JBPM pada tahun 2021. Bagi memastikan anggota PPDA JBPM Putrajaya dapat meningkatkan kemahiran dan pengetahuan berkaitan peralatan ini, kursus ini telah dirancang dan dilaksanakan dengan jayanya pada 25 – 28 Oktober 2022 yang dikelolakan oleh Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, JBPM Putrajaya. Kursus ini melibatkan 18 orang peserta keseluruhan, 10 orang anggota PPDA Putrajaya dan 8 orang anggota PPDA Negeri Sembilan turut serta. Objektif kursus ini adalah untuk :
1. Memberi pengetahuan secara teori dan praktikal berkaitan peralatan VRS 2000
2. Memahami konsep apungan melalui teori archimedes
3. Pembiasaan peralatan dan teknologi baru (full face mask & underwater communication)
4. Pembiasaan bekerja di dalam air gelap (black/ dark water)
5. Kolobrasi dan kerjasama pasukan antara JBPM Putrajaya dan Negeri Sembilan
PgB Mohd Afizi bin Zolkifli berkata, “Alhamdulillah, kursus ini berjaya mencapai matlamat dan objektif yang dirancang. Terima kasih kepada barisan jurulatih serta peserta yang memberikan komitmen yang terbaik. “Kursus selama 4 hari ini telah dijalankan di 3 tempat yang berbeza. Lokasi latihan pertama adalah di Pusat Akuatik Shah Alam, yang lebih menumpukan kepada pembiasaan pemakaian Full Face Mask, konsep apungan dan bekerja di dalam air. Lokasi kedua bertempat di Jeti Marina Putrajaya dengan menekankan alat perhubungan komunikasi, kaedah pemasangan VRS dan bekerja di dalam air dengan penglihatan terhad. Manakala lokasi ketiga bertempat di Kelab Tasik Putrajaya dengan menumpukan kaedah dan teknik pencarian (search pattern). JBPM Putrajaya melalui Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat pastinya akan merancang latihan seumpama ini bagi meningkatkan tahap kompetensi anggota terutamanya pasukan-pasukan khas. Think Safe, Action Safe, Dive Safe.
Bomba Diver
BLACK WATER DIVER
PgB Mohd Afizi bin Zolkifli
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat JBPM Putrajaya