Jumaat, 26 Ogos 2022 – Satu Program Memasak Bubur Asyura Sempena Bulan Kemerdekaan Anjuran JBPM Putrajaya Bersama PERISMA Putrajaya telah berlangsung bertempat di Balai Bomba dan Penyelamat Presint 14 Putrajaya bermula dari jam 1000 pagi, pada kali ini program telah diserikan lagi dengan kehadiran Y.Bhg Datin Sri Jamilah Binti Hossin , Y.bhg Datin Nor Latifah binti Jaafar, Y.Bhg Datin Tay tie mei, Y.Bhg Datin Batiyah binti Bakar, PgB II Farizun binti Naim, PgKB II Siti Farhana binti Baharom,TPgB II Suhada bin Sayuthi, PKPgB Nurul Aini dan PBK II Siti Norhuda bin Jaafar yang turut sama memasak dan menyediakan Bubur Asyura untuk diagihkan kepada warga kerja Ibu Pejabat JBPM dan JBPM Putrajaya serta Balai Bomba dan Penyelamat Presint 7 dan Presint 14 Putrajaya. Penyelaras Program diketuai PPgB Dianty Hussain dan anggota BBP Presint 14. JBPM Putrajaya merakamkan jutaan terima kasih atas kerjasama dan sokongan semua pihak yang turut sama memastikan program ini berjalan dengan lancar.
Y.Bhg Datin Sri Jamilah Binti Hossin , Y.bhg Datin Nor Latifah binti Jaafar, Y.Bhg Datin Tay tie mei, Y.Bhg Datin Batiyah binti Bakar dan pegawai-pegawai dari Ibu Pejabat JBPM dan JBPM Putrajaya turut sama memasak dan menyediakan Bubur Asyura Y.Bhg Datin Sri Jamilah Binti Hossin turut sama turun padang untuk memasak Bubur Asyura