Putrajaya – 26 April 2022 : Majlis Ringkas Perpisahan PKPgB Zulkifli bin Waris

26 April 2022 ( Selasa ), JBPM Putrajaya telah mengadakan sebuah majlis ringkas dan sederhana sempena pertukaran pegawai PKPgB Zulkifli bin Waris bertempat di ruang pejabat Bahagian Pengurusan ke  Bahagian Operasi JBPM Pahang. YS Pengarah JBPM Putrajaya sempat memberikan kata-kata motivasi di dalam ucapan ringkas beliau kepada pegawai yang diraikan.
Di dalam majlis ini juga YS Pengarah, PP Bahagian Keselamatan dan PP Bahagian Pengurusan telah sudi menyampaikan cenderahati  kenangan sebagai tanda terima kasih setelah berkhidmat selama 12 tahun di JBPM Putrajaya. Turut hadir sama meraikan majlis yang dijalankan ialah pegawai-pegawai kanan JBPM Putrajaya.  Semoga terus cemerlang. SELAMAT BERTUGAS!

ms_MYMalay