PUTRAJAYA, 23.6.2023: Majlis Persaraan PPjB Nik Zulkifli Bin Ibrahim, Ketua Cawangan Program Kesedaran Awam, Bahagian Keselamatan Kebakaran, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) telah diadakan di Bilik Mesyuarat Tanjung Ibu Pejabat JBPM.
Majlis tersebut dihadiri oleh YS PgKB I Ashari Bin Johari Pengarah JBPM Putrajaya, pegawai-pegawai kanan Jabatan dan turut disertai oleh YAS Dato’ Ts. Nor Hisham bin Mohammad, Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan), JBPM.
YS Pengarah JBPM Putrajaya telah menyampaikan cenderahati kenangan mewakili seluruh warga jerka JBPM Putrajaya. Ribuan terima kasih diucapkan atas segala jasa dan pengorbanan yang telah dicurahkan sepanjang berkhidmat dengan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.
Selamat bersara dan semoga beroleh kesihatan berpanjangan bersama keluarga dalam menempuh hari-hari mendatang selepas persaraan.