Rabu, 22/12/2021 – JBPM Putrajaya mengambil inisiatif melaksanakan program kebajikan menyampaikan sumbangan kepada Anggota Balai Bomba dan Penyelamat Presint 7 dan Balai Bomba dan Penyelamat Presint 14 yang terjejas akibat banjir. Sumbangan yang berupa barang keperluan harian telah disampaikan oleh YS Pengarah JBPM Putrajaya, kepada anggota berkaitan ke rumah masing-masing. Turut mengiringi program ini adalah PP Bahagian Operasi JBPM Putrajaya dan Ketua Balai Presint 7 Putrajaya. Terima kasih diucapkan kepada YS Pengarah JBPM yang sudi menyantuni mereka-mereka yang terjejas, moga program seumpama ini dapat membantu meringankan bebanan mereka yang memerlukan.