Putrajaya – 21 Mac 2024 : Program Kongsi Berkat Bubur Lambuk Wira Merah

PROGRAM KONGSI BERKAT BUBUR LAMBUK WIRA MERAH

21 Mac 2024 bertempat di Padang Kawad, Balai Bomba dan Penyelamat Presint 7 telah diadakan Program Kongsi Berkat Bubur Lambuk Wira Merah anjuran bersama antara Syarikat Mahsuri Dagang Sdn Bhd, Syarikat Media Mulia Sdn Bhd dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) bersempena mengimarahkan bulan Ramadhan.

1000 pek bubur lambuk telah berjaya di siapkan secara gotong royong oleh pegawai kanan dan anggota JBPM Putrajaya. Bubur lambuk tersebut kemudiannya diagihkan kepada semua warga kerja JBPM Putrajaya dan Ibu Pejabat JBPM, komuniti setempat dan Nasyrul Quran.

Agihan bubur lambuk ini di sempurnakan oleh YAS Dato’ Ts. Nor Hisham Bin Mohammad, Ketua Pengarah JBPM serta wakil dari syarikat Mahsuri Dagang dan Media Mulia.

Turut hadir memeriahkan majlis ialah selebriti terkenal Nabil Ahmad selaku Duta Syarikat Mahsuri.

English EN Malay MS
Skip to content