Putrajaya – 21 Jun 2023(Rabu) Ybhg Datin Nor Latifah binti Jaafar isteri YAS Dato Abdul Wahab bin Mat Yasin Ketua Pengarah JBPM telah mengadakan lawatan tidak rasmi ke Bahagian Penyiasatan JBPM Putrajaya dan meninjau serta melihat kesesuaian ruang yang sedia ada. Ybhg Datin Nor Latifah merancang untuk menjadikan Bilik Gerakan PERISMA bagi melaksanakan segala aktiviti-aktiviti persatuan. YS PgKB I Ashari Bin Johari Pengarah JBPM Putrajaya bersama Pegawai-Pegawai JBPM Putrajaya turut hadir mengiringi beliau pada lawatan tersebut.