21 Julai 2023 (Jumaat)
*PERHIMPUNAN BULANAN JBPM ANJURAN BAHAGIAN PERANCANGAN DAN PENYELIDIKAN*
Perhimpunan Bulanan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia telah berlangsung bertempat di Dewan Sutera JBPM. Didalam Majlis ini YS PgKB I Ashari Bin Johari Pengarah JBPM Putrajaya telah menyampaikan Sijil Perakuan Bomba bagi Bangunan Ibu Pejabat JBPM yang di serahkan kepada YAS Dato Abd Wahab Bin Mat Yasin Ketua Pengarah JBPM. Pelbagai acara berlangsung pada Perhimpunan Bulanan kali ini antaranya menandatangani MOU JBPM bersama SIRIM, JBPM bersama ISQADA, Penyerahan Bendera Kepada Kontinjen JBPM ke Kejohanan World Police and Fire Game di Wiinipeg Canada dan Penyerahan High Density Polyethelyn Rescue Boat oleh Permodalan Nasional Berhad(PNB). Majlis diakhiri dengan meraikan Hari Lahir YAS Dato Abd Wahab Bin Mat Yasin bersama pegawai-pegawai yang dilahirkan pada bulan Mei hingga Julai.