PUTRAJAYA – 2 Jun hingga 3 Jun 2022
Bahagian Penyiasatan Kabakaran, JBPM Putrajaya dengan kerjasama Bahagian Latihan, JBPM Putrajaya telah menganjurkan Kursus Penyiasatan Kebakaran Peringkat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Putrajaya pada 2 Jun hingga 3 Jun 2022 bertempat di Bilik Kuliah Anjung Ilmu, JBPM Putrajaya. Kursus selama 2 hari ini telah dikendalikan oleh PgB Mohamad Nazri Bin AR Azmi, Penolong Pengarah, Bahagian Penyiasatan Kebakaran JBPM Putrajaya selaku Penceramah. Seramai 13 orang peserta dari BBP Presint 7 dan BBP Presint 14 terlibat dengan kursus tersebut. Kursus ini diadakan bertujuan untuk membantu pegawai penyelia pasukan dalam penentuan punca kebakaran serta dapat membantu dalam penyediaan laporan penyiasatan kebakaran seterusnya dapat menyediakan laporan penyiasatan secara tepat dan teliti.