Putrajaya – 2 April 2024 : Majlis Iftar Ramadhan Santai Ceria Bersama Warga BBP Presint 7

2 April 2024 bertempat di Perkarangan Balai Bomba dan Penyelamat Presint 7 telah berlangsungnya Majlis Iftar Ramadhan Santai Ceria Bersama Warga Balai Bomba dan Penyelamat Presint 7. Majlis yang dianjurkan oleh Balai Bomba dan Penyelamat Presint 7 ini dimulakan dengan program Ceramah Agama yang mengupas tajuk mengenai ‘Ramadhan Mendidik Jiwa Beriman’ dan telah disampaikan oleh PgB Luqman Bin Ramli. Selain itu, majlis ini diisi dengan doa selamat, jamuan berbuka puasa, solat fardhu maghrib dan kaunter bayaran zakat. Kemudian majlis diteruskan lagi dengan solat fardhu isyak, solat tarawikh, witir dan jamuan moreh.

English EN Malay MS
Skip to content