16 November 2022 (Rabu) – Seramai 70 orang anak-anak taska dan guru-guru pengiring telah hadir ke Balai Bomba dan Penyelamat Presint 7, Putrajaya sempena lawatan sambil belajar dari Tadika dan Taska Kasih Tok Mi Putrajaya. Antara aktiviti yang diadakan ialah mengenali api jahat atau api baik, tindakan menyelamatkan diri (menjerit meminta pertolongan, merangkak dan stop, drop & roll), penggunaan alat pemadam api, talian kecemasan 999, menaiki jentera Bomba dan bermain air. Lawatan telah dikendalikan oleh PKPgB Lizawati binti Mohd Nasir dengan dibantu anggota pasukan C yang bertugas.
PKPgB Lizawati binti Mohd Nasir mengajar anak-anak mengenai tindakan menyelamatkan diri (menjerit meminta pertolongan, merangkak dan stop, drop & roll). Kanak-kanak dari Taska dan Tadika Tok Mi menjalankan aktiviti yang disediakan oleh JBPM Putrajaya. Kanak-kanak dari Taska dan Tadika Tok Mi mendengar ceramah dari PKPgB Lizawati binti Mohd Nasir.1 Kanak-kanak belajar cara-cara penyelamatan mangsa.