Putrajaya – 16 November 2022 : Latihan Kebakaran Di Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan (KPKT)

16 November 2022 (Rabu) – Latihan kebakaran merangkumi latihan pengungsian bangunan, penggunaan alat pemadam api, tindakan awal menyelamatkan diri & tindakan pencegahan kebakaran diadakan di Bangunan Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan (KPKT) Presint 4, Putrajaya. Seramai 1630 orang kakitangan termasuk pekerja am, pegawai keselamatan & pekerja pembersihan terlibat dalam latihan ini yang dikendalikan oleh PKPgB Mohd Taha Bin Husain (Bahagian Latihan) dan Anggota dari Pasukan C, BBP Presint 7 yg diketuai oleh PBK II Ahmad Syahidi Rizal Bin Hj Hamidun. Pemeriksaan bangunan dibuat oleh pasukan Bomba sebelum disahkan selamat untuk diduduki semula pada pukul 11.45 pagi. Pemerhati dari JBPM Putrajaya untuk Latihan Kebakaran ini diketuai oleh PKPgB Mohd Taha Bin Husain (Pegawai Bahagian Latihan) bersama 1 orang pegawai dan 2 anggota.

ms_MYMalay