KEMPEN KESEDARAN DAN KESELAMATAN KEBAKARAN SEMPENA BULAN RAMADAN DAN SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI TAHUN 2022 JBPM PUTRAJAYA
JBPM Putrajaya – 21/4/2022 (Khamis). Pengetahuan dan kesedaran mengenai mencegah kebakaran dikalangan masyarakat terus dipertingkatkan oleh JBPM Putrajaya. Dianjurkan oleh Cawangan Kesedaran Awam, Bahagian Keselamatan Kebakaran telah mengadakan Kempen Kesedaran dan Keselamatan Kebakaran sempena bulan Ramadan dan sambutan Hari Raya Aidilfitri 2022 di Tapak Bazar Ramadan dan Food Truck, Presint 14. Pendidikan mengenai kebakaran di dapur telah didedahkan kepada pengunjung disamping mengedarkan risalah dan peralatan keselamatan kebakaran (kit kempen). Kempen ini telah disempurnakan oleh YS Pengarah, Timbalan Pengarah, Penolong-penolong Pengarah Bahagian, Pegawai-pegawai Bahagian Keselamatan Kebakaran, Ketua Balai BBP Presint 14 dan anggota balai. Turut hadir ialah pegawai-pegawai Bahagian Penguatkuasaan, Bahagian Perlesenan Perbadanan Putrajaya dan wakil pengurusan tapak bazar dan food truck. YS Pengarah berbesar hati menyarungkan Apron Keselamatan Kebakaran kepada peniaga-peniaga Bazar Ramadan dan Food Truck.