14 Oktober 2022 – YS PgKB I Nor Arifin Bin Kamari, Pengarah JBPM Putrajaya menyempurnakan Majlis Penyerahan Bendera Pasukan Pertandingan Kawad Kecekapan 2022. Pasukan ini akan berlepas ke Terengganu bagi menyertai pertandingan tersebut. Hadir sama ialah PgKB II Henry Goliong, Penolong Pengarah Bahagian Keselamatan Kebakaran PgB Fadhlul Wafi Bin Keya Nordin, dan Pegawai Bahagian Latihan PKPgB Mohd Taha Bin Husain.
YS Pengarah JBPM Putrajaya diringi oleh Timbalan Pengarah dan Ketua Kontinjen PKK sedang berjalan memasuki dewan untuk acara penyerahan bendera. YS Pengarah JBPM Putrajaya, Timbalan Pengarah dan Ketua Kontinjen PKK berdiri hormat menyanyikan lagu Negaraku. Bacaan doa dari PB Muhamad Rabbani Bin Kamaludin. Pasukan Kontinjen PKK bersama dengan Pegawai-pegawai Kanan dan anggota bomba menadah tangan untuk bacaan doa. YS Pengarah memberikan ucapan dan kata-kata semangat kepada kontinjen PKK. Pasukan Kontinjen PKK dan pegawai-pegawai kanan yang sedang mendengar ucapan dari YS Pengarah. YS Pengarah menyerahkan bendera kepada Penyelaras PKK. YS Pengarah menyerahkan t-shirt dan jaket kepada Penyelaras PKK. Pasukan Kontinjen PKK bergambar kenangan bersama YS Pengarah JBPM Putrajaya dan Pegawai-pegawai Kanan. Wajah-wajah ceria Pasukan Kontinjen PKK JBPM Putrajaya yang bersemangat untuk menyertai Pertandingan Kawad Kecekapan pada tahun ini.