12 Januari 2024 (Jumaat) – Putrajaya Assalamualaikum , Salam Sejahtera, Salam JBPM Berprestasi Tinggi,Cepat dan Mesra, Salam Malaysia Madani.Sek Men Keb Presint 9 (2) Putrajaya telah menganjurkan Majlis Restu Ilmu SPM Sesi 2023/2024 bertempat di Dewan Tun Abdul Razak SMK Putrajaya Presint 9(2) . Sekolah yang mempunyai 1300 org pelajar dan 93 org guru keseluruhannya telah dirasmikan oleh YB Puan Fadhlina Binti Sidek Menteri Pendidikan Malaysia dan diraikan juga oleh YB Senator Datuk Mohd Hisamudin bin Yahaya Biro Pendidikan , Pengarah Jabatan Pendidikan En Ezaiddin bin Hussin , YS PgKB I Ashari bin Johari Pengarah JBPM Putrajaya dan Puan Mazira binti Mohd Zain Pengetua SMK Putrajaya. Dalam acara tersebut YB Menteri telah menyampaikan Alat tulis dan Restu Ilmu kepada pelajar2 Calon SPM.YS Pengarah sempat berbual mesra bersama-sama tetamu kehormat dan membincangkan berhubung Pepasangan Keselamatan Kebakaran di Sekolah yang perlu diberikan perhatian serta penambahbaikan demi keselamatan nyawa dan harta benda.