26hb April 2025 (Sabtu) – Seramai 25 org pelajar wanita dan seorang pegawai pengiring daripada Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) telah menyertai Program Latihan Water Survival dan Keselamatan Aktiviti Di Air di Tasik Putrajaya. Antara pengisian program ialah mempelajari tentang teknik water confident, water survival, asas menyelamat dengan menggunakan personal floating device (PFD) dan bahan-bahan alami di sekitar badan air. Pegawai dan anggota yang terlibat ialah PKPgB Lizawati binti Mohd Nasir (Bahagian Operasi), PBK I Raimy Erwan bin Mahadi (BBP P14), PBK II Sa’at bin Salih (BBP P7), PBK II Mohammad Zulfa bin Saaluddin (BBP P7), PB Macrina Markus (BBP P14) dan PB Noor Syuhada binti Isa (BBP P7).
















