30 April 2025 ( Rabu) – Pasukan bertugas (A) yang diketuai oleh PBK I KUP Mohd Hanapiah bin Abdul Majid telah menghadiri Program Ceramah dan Pameran Kerjaya di Sekolah Kebangsaan Presint 16(1).
Selain daripada memberikan ceramah keselamatan kebakaran kepada pelajar- pelajar, guru dan ibubapa, anggota balai juga turut mengadakan pameran kerjaya dan peralatan kebombaan.Pelajar diberi peluang untuk berinteraksi secara langsung untuk mendpaatlan maklumat mengenai kursus, starat kemasukan serta prospek kerjaya dalam pelbagai bidang.
Program ini telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada para pelajar, guru dan ibubapa dan diharapkan dapat diteruskan pada masa akan datang sebagai salah satu usaha memperkasakan pembangunan kerjaya pelajar terutamanya bidang kebombaan.









