04/02/2025 (Selasa) – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia W.P. Putrajaya telah menganjurkan Majlis “BERPEGANG KEPADA INTEGRITI, MEMBINA MASA DEPAN JABATAN” bertempat di Dewan Sutera, JBPM W. P. Putrajaya.
Pengisian majlis yang dijalankan dimulakan dengan Ceramah Integriti yang disampaikan oleh Puan Munah binti Abdul Aziz dari Institut Integriti Malaysia yang bertajuk Pembudayaan Integriti dan Cerminan Kualiti Peribadi dan seterusnya dilaksanakan Ikrar Integriti yang dipimpin oleh PKPgB Nik Mohd Dzarrin Ghifari Bin Azmy.
YS Pengarah JBPM W. P. Putrajaya, PgKB I Abdul Manaf bin Che Isa juga telah turut sama hadir ke program tersebut.







